Bukan semua kerja patut di-automate


Bila kita kerap minta AI buat benda yang sama, memang kita mula rasa nak automate kerja tu.

Tapi sebelum tukar jadi workflow, kita kena ingat yang proses setup tu sendiri makan masa.

Masa kelas hari tu, saya tunjuk satu eksperimen Meta Ads yang disetup untuk semak iklan setiap hari.

Masa demo, sistem tu paparkan yang satu iklan saya tengah di-pause.

Kita memang tak perlu lagi buka chat dan taip arahan berulang kali setiap hari.

Tapi kita tetap kena:

  1. susun flow
  2. tetapkan apa yang AI patut buat
  3. semak sama ada output tu betul dan berguna.

Untuk platform yang saya tunjuk tu, seingat saya dalam 10 ke 20 jam juga saya spend nak siapkan.

Bukan semua workflow perlukan masa macam tu.

Sebelum decide nak tukar satu-satu kerja jadi workflow automatik, cuba tanya tiga soalan ni dulu:

  • Berapa kerap kerja ni berulang dalam rutin biasa kita?
  • Berapa banyak masa kita spend untuk taip prompt dan semak jawapan kat chat sekarang?
  • Berbaloi ke masa untuk urus flow tadi dan baiki bila sangkut, berbanding buat sendiri secara manual?

Kalau proses kerja masih kerap berubah, atau usaha nak bina dan jaga workflow rasa lagi leceh daripada buat sendiri, teruskan saja guna chat macam biasa.

Kerja berulang memang sebab yang bagus untuk explore automation, tapi bukan bukti yang bina workflow automatik akan jimatkan masa.

Faiq
PandaiTech

P.S. Selalunya kita guna Claude untuk menulis atau coding.

Tapi 7 Oktober ni, kami nak kongsi cara guna Claude dalam proses edit video, daripada edit raw video sampai ke motion design.

Kelas ni percuma. Kalau nak tengok sendiri macam mana workflow ni jalan, daftar kat sini: [LINK]

LimauLabs

I'm a entrepreneur who loves to talk about marketing & branding, education, and technology. Subscribe to my newsletter.

Read more from LimauLabs

Salam, Anda dah siap buat skill dalam Claude, dan tulis arahan panjang lebar. Bila guna, Claude buat macam tak kenal pun skill tu. Atau kadang-kadang jalan, kadang-kadang tak. Saya baca panduan rasmi Anthropic, Google dan OpenAI, dan tengok beberapa video orang yang test skill. Pandangan saya: Skill yang "tak jalan" biasanya ada satu daripada 3 masalah. Baiki masalah tu, bukan seluruh skill. Email ni untuk anda yang dah ada skill dalam Claude, atau baru nak buat. Tak perlu code. 1. Mula kat...

Salam, Anda siapkan satu skill yang jadi, dan kawan sepejabat terus minta: "Hantar skill tu kat saya." Tiga minggu lepas tu, ada 4 versi dalam WhatsApp dan tiada siapa tahu yang betul. Pandangan saya: skill yang dikongsi ialah aset team. Layan macam SOP: satu owner, satu reviewer yang bukan penulisnya, dan satu ujian ringkas sebelum sampai ke orang lain. Skill ialah arahan (dalam sesetengah tool, ada script sekali) yang AI ikut bila skill tu digunakan. Email ni untuk team lead yang dah ada...

Salam, Anda minta AI tulis caption untuk produk baru. Hasilnya kemas, tapi boleh jadi caption syarikat mana-mana. Anda taip "humanise ni", dan hasilnya berubah sikit je. Saya baca panduan rasmi Anthropic, OpenAI dan Google, dan tengok video orang bina skill suara. Pandangan saya: Jangan "humanise" selepas siap. Bagi AI rujukan brand anda dulu, dalam satu skill. AI bunyi generik sebab dia tak pernah nampak brand anda, bukan sebab prompt anda lemah. Rujukan tu ialah peraturan suara dengan...