Salam,
Anda siapkan satu skill yang jadi, dan kawan sepejabat terus minta: "Hantar skill tu kat saya."
Tiga minggu lepas tu, ada 4 versi dalam WhatsApp dan tiada siapa tahu yang betul.
Pandangan saya: skill yang dikongsi ialah aset team.
Layan macam SOP: satu owner, satu reviewer yang bukan penulisnya, dan satu ujian ringkas sebelum sampai ke orang lain.
Skill ialah arahan (dalam sesetengah tool, ada script sekali) yang AI ikut bila skill tu digunakan.
Email ni untuk team lead yang dah ada satu skill berfungsi. Belum ada, buat dulu dari SOP.
1. Mula kat mana: ikut plan anda
Setakat Oktober 2026 (skrin anda mungkin lain sikit):
Claude Team atau Enterprise. Kongsi dengan kawan tertentu dulu:
Skill tu kelabu sampai kawan hidupkannya. Kawan boleh guna, tapi tak boleh edit.
![]() |
Langkah Share dalam Help Center Claude. Sumber: support.claude.com
Tak nampak butang Share? Minta Owner semak Organization settings > Plugins & skills > Policy.
Nak bagi seluruh organisasi, buka skill tu dan klik Publish to org.
Kalau review diwajibkan, Owner atau reviewer perlu approve. Anda tak boleh approve permintaan sendiri.
![]() |
Publish to org: Owner semak dulu kalau organisasi wajibkan semakan. Sumber: support.claude.com
Menurut Anthropic, kalau organisasi belum pilih settings sendiri, default Enterprise jadi Requires review dari 2 Oktober 2026.
Default Team ialah Open, maksudnya tak perlu approval manusia sebelum publish, bukan tiada scan automatik.
Claude Pro atau Max. ZIP folder asal skill anda, kemudian hantar fail tu ke kawan.
Kawan buka Customize > Skills, klik +, Create skill, Upload a skill, lepas tu hidupkan.
Salinan ni tak auto-update bila anda edit.
ChatGPT. Skill dikongsi dalam workspace Business, Enterprise dan Edu.
Buka Plugins, tab Skills, menu tiga titik, Share.
Kawan jumpa dalam Shared with me, buka menu tiga titik dan pilih Install, dan kalau Skills tak nampak, admin workspace mungkin belum hidupkan.
![]() |
ChatGPT: skill dikongsi muncul dalam Shared with me. Sumber: help.openai.com
Gemini. Panduan Google masih menyebut kongsi skill akan datang "dalam beberapa minggu", jadi semak semula sebelum cuba.
Jika pilihan kongsi Gem ada dalam akaun anda: Open Sidebar, Gems, Share, masukkan email penerima, pilih Viewer atau Editor, kemudian klik Send atau Share dan kongsi akses fail bila diminta.
Google merancang tukar Gems jadi skill mulai November 2026 (akaun peribadi) dan paling awal 1 Mac 2027 (Workspace perniagaan).
Belum tentu skill dalam app Gemini tersedia dalam akaun anda, jadi semak dulu.
![]() |
Viewer boleh baca arahan dan fail yang dikongsi dengan Gem. Sumber: support.google.com
2. Baca dulu sebelum hidupkan
Skill yang dikongsi kena dibaca sebelum dihidupkan. Anthropic sendiri pesan: buka dan baca dulu.
Cari benda ni:
Ada script? Tanya IT atau tak payah guna.
Security scan dalam panduan rasmi untuk Enterprise je, bagi skill pihak ketiga yang di-upload atau diedit bila scan dihidupkan, dengan pengecualian ikut asal skill dan konfigurasi organisasi.
Default dihidupkan dari 2 Oktober 2026 kalau Owner belum tetapkan, tertakluk pada pengecualian tu.
Pass bukan jaminan, dan pengguna semua plan tetap kena baca sendiri.
![]() |
Security scan (Enterprise): pass, amaran atau disekat. Sumber: support.claude.com
3. Tiga perangkap biasa
4. Sediakan 3 benda
5. Kad skill dan prompt semakan
Satu kad untuk setiap skill, simpan dalam Sheet team:
Prompt untuk disalin:
Sebelum kongsi, minta AI semak dulu:
Prompt untuk disalin:
AI ni reviewer pertama je. Reviewer manusia tetap baca sendiri.
6. Had yang perlu tahu
7. Projek pertama yang saya cadangkan
Satu team, satu workflow.
Skill yang bagus tak cukup. Skill yang ada owner baru kekal.
Kalau anda urus marketing bisnes sendiri, AI Native Marketer ajar cara guna AI untuk urus content dan iklan Meta.
![]() |
Kursus ni akan dibuka Jumaat, 16 Oktober.
Faiq
PandaiTech
I'm a entrepreneur who loves to talk about marketing & branding, education, and technology. Subscribe to my newsletter.
Salam, Anda dah siap buat skill dalam Claude, dan tulis arahan panjang lebar. Bila guna, Claude buat macam tak kenal pun skill tu. Atau kadang-kadang jalan, kadang-kadang tak. Saya baca panduan rasmi Anthropic, Google dan OpenAI, dan tengok beberapa video orang yang test skill. Pandangan saya: Skill yang "tak jalan" biasanya ada satu daripada 3 masalah. Baiki masalah tu, bukan seluruh skill. Email ni untuk anda yang dah ada skill dalam Claude, atau baru nak buat. Tak perlu code. 1. Mula kat...
Salam, Anda minta AI tulis caption untuk produk baru. Hasilnya kemas, tapi boleh jadi caption syarikat mana-mana. Anda taip "humanise ni", dan hasilnya berubah sikit je. Saya baca panduan rasmi Anthropic, OpenAI dan Google, dan tengok video orang bina skill suara. Pandangan saya: Jangan "humanise" selepas siap. Bagi AI rujukan brand anda dulu, dalam satu skill. AI bunyi generik sebab dia tak pernah nampak brand anda, bukan sebab prompt anda lemah. Rujukan tu ialah peraturan suara dengan...
Salam, Bila kita minta AI cadangkan sistem daripada SOP kerja, dia bukan saja tengok apa yang boleh dibina. Dia juga boleh bantu kesan bahagian mana yang belum berbaloi untuk disistemkan. Dalam satu demo kelas bina software, saya guna contoh SOP operasi catering untuk tengok cadangan AI. Contoh SOP catering dalam demo kelas membina software. Daripada contoh tu, masalah operasi team memang jelas: butiran order disalin banyak kali harga dikira manual status pesanan tak jelas sampai bos kena...